mungkin kali ini, aku ku ungkap maksud insan tersayang...bagi yang mengetahui maksud ini, sudah tentu di gawang minda kalian semua, insan tersayang hanyalah seseorang yang bernama cinta & kekasih pada diri kita...namun, pada diriku kali ini, insan tersayang lebih memberi makna kepada seorang insan yang paling daku sayangi meskipun jasadnya tidak lagi berada di dunia fana ini....meskipun jauh di sebalik mentari, wajahnya tiada ku tatap lagi, namun ku masih lagi terasa kewujudannya di sisi ku lagi bahkan masih kuat terasa dirinya bersama diriku lagi....
Insan tersebut ialah Ibu atau lebih ku kenali sebagai Mak kala waktu hayat nya masih ada...
Tidak ku nafi, sepanjang diriku mengenali insan bernama ibu di sepanjangnya usia ku 17 tahun ku mengenali insan tersayang ini, masih terasa lagi tanggungan, bebanan, perih jerih ibuku membesarkan daku hingga ke akhir hembusan nafasnya....namun bagiku, betapa besar pengorbanan insan ini belum ku balas....malah, kesedihan yang ku alami hingga ke saat ini, hajatku tidak kesampaian untuk memberikan satu bibit kebahagiaan dalam hidupnya....apa yang ku hajatkan, terkubur setelah satu kenyataan hidup perlu ku hadapi dengan pemergian selama-lamanya ibuku dari dunia ini....meninggalkan aku tanpa menjejakkan kembali dirinya di dunia....
Mungkin, bagi yang masih mempunyai insan tersayang ini, tidak dapat merasa kepedihan yang ku alami...2 tahun pemergian insan ini amat meluruhkan hatiku..umpama, peristiwa pemergiaannya berlaku semalam dalam diari hidupku....
Wahai anak-anak......
tidak ada yang kekal di muka bumi ini....ajal maut adalah ketentuan yang maha Esa...selagi insan bernama ibu masih bernafas di samping kita, masih menjaga kita, masih mengambil berat tentang kita, masih bimbang memikirkan kita, masih mampu menghidangkan makanan buat kita, masih mampu memberikan kasih sayang buat kita, masih dapat merasai sentuhan dan belaiannya, masih menjadi tempat kita mengadu suka dan duka, masih mendidik kita...hargailah lah dia....sayangilah dia....kerna apabila tiba suatu hari, jasadnya di bawa pergi, usah kita meraung memanggilnya untuk kembali kerana segala-galanya, akan hanya tersimpan sebagai memoribilia indah di dalam sanubari...
Anak-anak......walau sekeras mana pun hati seorang ibu, sekelumit di hati nya, juga terdapat secebis kasih sayang terhadap anak-anaknya....kesakitan yang di tanggung saat melahirkan kita, membuatkan mereka lebih menyayangi anak-anak daripada diri mereka sendiri....
Bagi yang telah kehilangan insan bernama ibu, kesabaran, kerinduan dan tangisan yang di alami hanya mampu terbuku di hati....kerana permergian yang kekal abadi tidak mungkin akan kembali lagi di pangkuan kita....apa yang dapat mengiringi pemergian mereka hanyalah, doa daripada seorang anak yang soleh....menenangkan roh insan yang telah pergi....
Bagi yang masih mampu menatap wajah ibunda tercinta, renunglah di wajah dan mata hatinya...renunglah sedalam-dalamnya..ingatlah dan simpanlah renungan itu.....jaga hati mereka...berbakti anda kepada mereka....peluklah mereka dan bersama berada di pangkuan mereka....apabila berada di dalam pelukan mereka, tutuplah mata anak-anak sekalian...berfikirlah sejenak, apabila mereka tiada lagi di sisi~~.....
Kita diberikan didikan di sekolah mahupun di rumah tentang adab & tatatertib kita terhadap ibu kita....usahlah dipandang enteng....
Bagi kaum hawa, walaupun umur anda masih muda, ada yang akan melangkah ke alam perkahwinan, ada yang sedang melayari bahtera perkahwinan dan ada yang sedang menunggu kelahiran anak dan ada pula yang telah bergelar seorang ibu, anda akan merasainya.....bagi yang mempunyai ibu, ibu adalah segalanya dan bagi yang telah menjadi ibu, anda akan merasa apa yang pernah ibu anda rasa.....
Ingatlah, selagi anda masih mempuyai peluang kedua di beri oleh yang maha Esa, lakukanlah dengan seikhlas hati.....
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Fazidah Binti Hamdan dan umat Islam seluruhnya......


0 comments:
Post a Comment